Feeds:
Posts
Comments

reflection 10


pada minggu yang terakhir ini, kami telah sedaya upaya menyiapkan tugasan video kami. pelbagai pengalaman dan maklumat baru yang saya telah pelajari.ketika mengedit video ini, kami telah menggunakan pelbagai perisian seperti window movie maker, picasa, ulead program, photoshope, photoscape dan lain-lain. walaupun pada permulaannya agak lambat kerana saya baharu saja memepelajari cara-cara membuat video ini, tetapi lama-kelamaan ia menjadi sangat seronok dan menarik. saya berharap kami akan mendapat markah yang tinggi untuk tugasan ini kerana kami telah beruasaha bekerjasama untuk membuatnya.

reflection 9


pada minggu ni kami telah melakukan perbincangan serta dalam proses menyiapkan video tugasan kami. perjumpaan diadakan di PTSL. pelbagai perkara baru telah saya pelajari antaranya cara mengambil video supaya menarik, bagaiman mengedit sesuatu video dan bermacam-macam lagi. segalanya berjalan lancar kerana masing-masing menjalankan tugas-tugas yang telah diagihkan. selain itu, daripada perjumpaan tersebut saya juga dapat megeratkan lagi hubungan dengan rakan-rakan yang ada diantaranya selama ini kami kurang rapat dan jarang bertegur. tugasan ini telah menjadikan kami lebih mengenali antara satu sama lain.

refleksi 8


minggu ini saya telah cuba untuk siapkan tugasan kulit buku saya. walaupun agak sukar kerana baru mempelajarinye, tetapi bagi saya ia sangat menarik untuk dipelajari dan saya harap saya dapat menggunakan pada masa akan datang.ini adalah kulit buku yang telah saya cuba lakukan, walaupun kurang menarik, tetapi saya tetap mencuba yang terbaik kerana saya betul-betul baru mempelajarinya. saya akan cuba memperbaikinya pada masa akan datang.

refleksi 7


kelas pada minggu ini dibatalkan kerana ada sambutan hari maulidur rasul di masjid ukm. walaubagaimanapun kami tetap meneruskan tugasan individu kami iaitu membuat poster/kulit buku.

reflection 6


kelas pada minggu ini tiada kerana kami diberi peluang menyiapkan tugasan yang diberi. jadi, kesempatan itu saya gunakan  mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk tugasan individu dan tugasan video berkumpulan. saya mencari gambar-gambar yang menarik berkaitan poster yang ingin saya buat. tetapi semuanya masih dalam perancangan awal lagi dan banyak perkara perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. saya dan rakan-rakan akan cuba sadaya upaya mencari masa lapang untuk menyiapkan tugasan teknologi pendidikan ini walaupun kami sangat sibuk dan kelam kabut dengan pelbagai tugasan dan peperiksaan pertengahan semester untuk subjek lain.

reflection 5


kelas pada kali inimembincangkan mengenai proposal video yang telah disiapkan. Dr Rosseni telah memberikan komen dan cadangan untuk video kami. selain itu, Dr Rosseni juga telah menerangkan kepada kami mengenai tugasan individu iaitu membuat editing gambar menggunakan PICASA. walaupun picasa ini agak baru bagi saya, tetapi saya akan cuba untuk memahaminya dan mempelajarinya supaya tugasan saya akan berjalan lancar. saya akan cuba mempelajarinya bersama kawan dan bertanyakan mengenani kepada dr rosseni. tugasan ini juga dilihat sangat menarik dan memerlukan kreativiti yang tinggi untuk disiapkan. selain itu, ia juga pasti memerlukan masa yang lama untuk disiapkan.

reflection 4


pada hari rabu yang lalu, kami telah melakukan perbincangna menenani tugasan kumpulan iaitu membuat video. kami berbincang untuk membuat proposal dan mengagihkan tugas supaya kerja dapat dilakukan dengan cepat dan menjimatkan masa. pelbagai idea telah diberikan daripada yang berkaitan sehinggalah idea yang agak diluar topik juga turut dibincangkan. manakan tidak apabila telah berkumpul ramai-ramai pelbagai cerita mahu dikongsi. tapi akhirnya kami telah mamilih tajuk transfomasi dalam kehidupan pelajar pada zaman dahulu dan zaman moden kini. segala tugasan telah diagihkan termasuklah pelakon, pembuat skrip dan penyedia prop dan lokasi. kami tidak sabar untuk memulakan lakonan kami dan melihat hasil akhirnya.